Emel

admin@prb-risda.com.my

Telefon

03-48157514

Whatsapp

60342563777

Perutusan KPE

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
‏اَلسَلامُ عَلَيْكُم وَرَحْمَةُ اَللهِ وَبَرَكاتُهُ

Selamat datang ke Laman Web Permodalan RISDA Berhad (PRB), salah sebuah syarikat di bawah Kumpulan RISDA Holdings Sdn Bhd. Aktiviti perniagaan yang utama bagi PRB adalah :
- Pembiayaan Pemfaktoran
- Pembiayaan kepada kakitangan RISDA
- Pembiayaan Peribadi kepada kakitangan RISDA dan kumpulan RISDA Holdings
- Pengurusan Dana milik RISDA
- Sewaan dan Pembekalan Peralatan ICT
- Perkhidmatan Pusat Data

1. PRB menawarkan kemudahan pembiayaan pemfaktoran kepada syarikat-syarikat yang memperolehi kontrak-kontrak daripada kerajaan dan GLC yang berkaitan pembekalan dan perkhidmatan. Walau bagaimanapun, Ahli Lembaga pengarah juga telah meluluskan pembiayaan bagi kontrak yang berkaitan dengan pembinaan tetapi akan melalui tapisan dan SOP yang lebih ketat. Sehingga kini, melalui kemudahan pembiayaan pemfaktoran yang ditawarkan PRB telah membantu membiayai banyak syarikat terutamanya syarikat bumiputera bagi melaksanakan kontrak-kontrak yang telah diterima daripada kerajaan dan GLC samada melalui pembiayaan modal kerja mahupun ‘post financing’. Melalui pembiayaan pemfaktoran yang telah ditawarkan oleh PRB, banyak syarikat telah mendapat manfaat daripada perkhidmatan pembiayaan ini.

2. Di samping itu, PRB juga akan sentiasa memastikan pembiayaan kepada kakitangan RISDA yang merupakan pelanggan dalaman dan utama kepada PRB, yang memerlukan  perkhidmatan pembiayaan perumahan, kenderaan dan komputer mendapat perkhidmatan yang terbaik daripada PRB. PRB akan sentiasa komited memberikan khidmat nasihat kepada kakitangan RISDA yang memerlukan pembiayaan yang telah disediakan melalui ‘road show’ yang dilaksanakan dari masa ke semasa. PRB juga menyediakan pembiayaan peribadi kepada kakitangan RISDA dan juga Kumpulan RISDA Holdings dengan kadar caj pembiayaan yang berpatutan.

3. Pengurusan Dana merupakan perniagaan yang telah dilaksanakan oleh PRB sejak penubuhannya dan ianya terus menyumbang pendapatan yang signifikan kepada PRB. PRB akan memastikan dana RISDA akan sentiasa diuruskan dengan profesional dan selamat serta mampu memberikan pulangan yang baik kepada RISDA.

4. Mulai tahun 2022, PRB telah mengorak langkah ke hadapan dengan menambah aktiviti perniagaan yang akan memacu syarikat meningkatkan pendapatan yang lebih konsisten pada masa hadapan dengan membekalkan komputer serta peralatan ICT kepada RISDA serta kumpulan RISDA Holdings (KRH) semada melalui sewaan mahupun secara pembelian terus. PRB melalui anak syarikatnya, PRB Grid Technology Solutions Sdn Bhd telah dilantik oleh RISDA bagi membekalkan segala keperluan yang berkaitan dengan komputer serta peralatan ICT kepada RISDA dan KRH. Perkhidmatan ini mampu menjadi teras perniagaan yang baru kepada PRB dan ianya juga memberikan pulangan yang baik kepada PRB. Cabang perniagaan ini juga dijangka akan memperkasa perniagaan PRB dan memacu peningkatan pendapatan dalam jangka masa panjang. PRB beriltizam memberikan perkhidmatan yang terbaik yang dapat memenuhi keperluan penggunaan komputer serta peralatan ICT yang berkualiti dan terkini kepada kakitangan RISDA dan KRH.

5. Pada tahun 2024, PRB telah mengembangkan operasi pusat data yang akan beroperasi di Cyberjaya. Perkhidmatan pusat data yang ditawarkan oleh PRB ini juga mampu menjana pendapatan kepada PRB dan ianya akan dapat meningkatkan nilai pemegang saham dengan fokus perkhidmatan ini kepada RISDA, KRH serta agensi-agensi di bawah KKDW. PRB menjangkakan perkhidmatan ini yang dijalankan melalui anak syarikatnya, PRB Grid Technology Solutions Sdn Bhd akan terus berkembang selaras dengan keperluan perkhidmatan ini yang terus berkembang di pasaran.

6. Semangat profesionalisme dan komitmen yang tinggi semua staf PRB serta sokongan padu daripada pemegang saham iaitu RISDA Holdings Sdn Bhd serta Ahli Lembaga Pengarah PRB, kami di PRB amat yakin dapat melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan dengan bersungguh-sungguh bagi memastikan syarikat terus berkembang serta mencapai kejayaan pada masa hadapan. Di samping itu, RISDA juga sentiasa terus menyokong aktiviti-aktiviti perniagaan yang dilaksanakan oleh PRB. Selaras dengan rancangan hala tuju baru, PRB perlu terus dinamik serta fokus dalam aktiviti yang dilaksanakan bagi menjadi syarikat Kumpulan RISDA Holdings Sdn Bhd yang berjaya dan unggul. PRB perlu terus memperkukuhkan aktiviti-aktiviti perniagaan sedia ada di samping mencari peluang-peluang perniagaan yang baru dan perlu mengamalkan pendekatan Blue Ocean Strategy bagi mencapai tujuan tersebut. Melalui aktiviti perniagaan yang dijalankan PRB akan memastikan pelanggan serta pemegang taruh/saham mendapat perkhidmatan dan manfaat yang terbaik.

“A Force To Be Reckoned With”

Sekian, wassalam.
ZAILANI BIN AHMAD
Ketua Pegawai Eksekutif PRB
PERMODALAN RISDA BERHAD adalah sebuah syarikat milikan penuh RISDA yang telah ditubuhkan pada 15 November 1994 dengan Modal Berbayar RM8.4 Juta dan Modal Dibenarkan RM25 juta.

AKTIVITI UTAMA

  • Menguruskan Dana-Dana RISDA seperti Akaun Pembiayaan RISDA dan Akaun Tabung Rumah Bina Negara
  • Menguruskan Pembiayaan Peribadi
  • Pemfaktoran
  • Pembinaan menara telekomunikasi, pembekalan server dan produk ICT serta perkhidmatan pusat data

Skip to content